CERITA ARTIS
About Me
- Anak Murai
- kepada peminat,jangan baca kalau tak suka cerita tak menarik tentang artis yang kamu minat.kepada artis pulak,jangan jadi artis kalau tak mahu kisah peribadi dikongsi kepada umum.
Tuesday, October 5, 2010
MESTI TENGOK:CERITA ARTIS PECAH PANGGUNG
Aku tak pahamlah mamat nie...ni promosi apa plak,dah macam pemegang Mohor-mohor Besar Raja-raja jer....mula rm12juta pastu rm20juta then rm40juta pas nie mesti 40juta usd plak..sukati ko lah labu.....
p/s anak murai:iklan ni tak menghina institusi Diraja ker?saje nak tau..
Saturday, October 2, 2010
HEBATNYA DAYANG NURFAIZAH
Hebat nye artis kite nie...siap masuk tv3 pakai baju macam tu jer....bukan seksi jer tapi macam orang susah jer...hu hu hu...selain tu pakaian dia pakai pun ala-ala tarzan gitu...
ROZITA CHE WAN BERSARA DARI BIDANG SENI?
EMMM ye lah tu....aku dah biasa dengar ayat nie kuar dari mulut artis...tapi pas tu muncul balik,dan mula lah cakap mnuncul balik kerana bagi penghargaan or atas desakan peminat...yang best nye dia cakap
“Saya dah letakkan ‘target’ nak berlakon ini tak lama dan saya rasa cukuplah empat tahun saya dalam industri ini. Lagipun usia saya juga semakin bertambah dan rasa dah tua.
“Sebenarnya, tahun lepas lagi saya dah rasa penat nak berlakon. Tapi, memandangkan duit tak cukup lagi, maka saya terus berlakon lagi hinggalah penghujung tahun ini,”“Sejak awal saya berlakon lagi, dah macam-macam perkara buruk yang orang kata tentang saya. Sehingga saya rasa Rozita Che Wan ini terlalu banyak cerita buruk daripada cerita baik dan terlalu banyak orang tak suka daripada yang suka.
“Bukannya merajuk, tapi saya memang terasa hati sangat dengan apa yang berlaku. Bila terlalu banyak orang bercakap buruk tentang saya, ia dah jadi satu doa. Jadi cara yang terbaik, biarlah saya bersara dari industri
“Lagipun saya nak hidup aman, tanpa gosip atau pun publisiti,” luah Rozita yang akan beralih ke dunia perniagaan sejurus bersara dari lakonan.
bagus lah tu kak.baik buat bisness jer...lagipun bayaran sebagai artis kat malaysia ni ciput jer.lainlah kalau artis dari seberang yang cari makan kat negara kita nie...
p/s anakmurai: kepada artis yang tak suka kene gossip,nasihat aku sonang jer ..."jadi makcik jual nasik lemak jer"semestinya wartawan gila jer nak buat gossip tentang makcik jual nasik lemak.
Wednesday, September 29, 2010
DARLING MENGAKU GUNA DOKUMEN PALSU.DENDA RM15K ATAU PENJARA 3 BULAN.
Kuala Lumpur 29 Sept: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu. Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.
"Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi," tambahnya. Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan. "Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai," katanya.
Alangkah bagooos kalau hukuman berbunyi begini "denda rm15,000 dan penjara 3 bulan"baru dia beringat...ada hati nak menipu....huh,,,
FAUZIAH LATIF BERCERAI DENGAN JOHAN INDOT
Penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latiff mengaku telah bercerai dengan suaminya, Johan Indot 3 bulan yang lalu. Akibat perceraian, Fauziah Latif mengaku dia tiada masalah dalam menjaga anak-anak. Baru-baru ini telah tersebar di internet beberapa keping gambar anak Jee yang sedang bermain dengan anjing. Pengakuan itu melenyapkan spekulasi tentang keretakan rumah tangganya yang hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Anak Jee iaitu Jeffri Joaquim Indot, 8, dan Jeremy Jay Indot, 6, kini berada dalam jagaan bersama. Kira adil lah kalau ada sistem giliran. Takde la berebut anak nanti. Ini merupakan perceraian kali kedua penyanyi itu. Jee bernikah dengan Johan di London pada 19 Jun 1997. Sebelum itu Jee pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Aku pun tak faham tentang perangai artis kita ni..rasa nak kawin,kawin ...bila tak suka ,cerai