About Me

kepada peminat,jangan baca kalau tak suka cerita tak menarik tentang artis yang kamu minat.kepada artis pulak,jangan jadi artis kalau tak mahu kisah peribadi dikongsi kepada umum.

Tuesday, September 28, 2010

MESTI BACA :FILEM 2ALAM POPULAR DI USA 2005




Aku terkejut landak bila sumber yang tak boleh dipercayai aku mengatakan filem 2alam popular di Amarica pada tahun 2005..filem tersebut mendapat sambutan hangat sehinggakan seorang produser dsana telah menciplak poster filem 2 alam untuk dijadikan poster The Exorcism of Emily Rose.
mereka menyatakan rakyat Malaysia ketinggalan kerana tak melihat filem paling hebat yang pernah ditayangkan.sehinggakan seorang profesor madya di America menyatakan "jika filem 2alam ditayangkan serentak dengan filem Avatar,Avatar hanya mungkin memungut cuma 6 angka sahaj,itu pun kira banyak"....fuhhh dahsyatnya karya seorang rayat Malaysia nan hebat ini...
ada juga teori menyatakan,pihak America membuat pelaburan besar untuk mencipta mesin masa semata-mata untuk mencuri karya anak tempatan kita...akhirnya kitalah dituduh men"ciplak" karya mereka.yang jahat ni semuanya kita...mereka tulah yang baik..

p/s: tabahkan hati mu doktor...memang America ni jahat..teruskan karya anda,jangan pedulikan mereka tu..



Monday, September 27, 2010

CERITA ARTIS MALAS MANDI




Artis hollywood yang malas madi tu kita dah biasa dengar,lagipun tempat mereka sejuk....
tapi yang jadi masalahnya cerita artis kita yang malas mandi ni..tak rimas ker mereka tu...minah bintang reality ni memang perangai dia pengotor kot...
dulu-dulu-dulu bintang reality yang malas mandi pun ada gak,cuma waktu tu internet kurang jer....tu yang tak tersebar...cite dia macam ni...dulu-dulu-dulu ni,adalah sorang mamat...yang malas mandi,kawan dia ceritalah waktu kami tinggal dalam "berek bujang polis" mamat ni punyalah malas mandi,tapi macam mana orang boleh minat dia....hu hu hu....kalau akulah ada kawan yang malas mandi ni dan tinggal serumah,mau aku buat sampai orang "memandikan dia"(pas tu kapan dan terus tanam)

GAYA SEORANG HAJJAH MEMDENDANGKAN LAGU NASHID



Gambar ini menunjukkan gaya seorang hajjah pada mulanya sungguh sopan dan berpurdah.tapi oleh kerana kejahatan mereka yang cerdik pandai habis diedit gambar hajjah yang mendendangkan irama nashid bertajuk "insaflah orang tua tak sedar diri" hingga jadi sedemikian rupa...yang bertudung hitam tu gambar sebenar beliau sebelum diedit...

p/s:kepada rakyat Malaysia semua,janganlah terlalu zalim dan jahat hingga memfitnah seorang hajjah yang ingin berdakwah sedemikian rupa....ingatlah dirimu yang tua gayut tu,dan hayati lah seni kata "insaflah orang tua tak sedar diri" tu...jangan nak fitnah orang jer...

CERITA ARTIS MENGAKU DIVA?



Hai,macam-macam cerita artis 1malaysia nie...belum apa-apa dah mengaku DIVA...
kalau lah puak artis ni diibaratkan katak,mereka mengaku DIVA ni bukan baru belajar melompat,tapi baru belajar berenang(berudu jer)...ada hati nak mengaku DIVA...hu hu hu..
dorang tak tau istilah DIVA kat malaysia ni...

kalau seseoranr tu di"istilahkan "DIVA" mereka nie buat ape pun,media tetap puji dan sanjung dia,hatta mereka ni rampas suami orang ker,bercinta ngan orang tahap bapa ker....semua nye baik jer di mata media...langsung tak ada gosip jahat untuk mereka....boleh dikatakan mereka ni kalis rindu lah...opsss....kalis gossip jahat....Malaysia-Malaysia.....pelik sungguh media mu....

P/s:gambar di atas tu contoh DIVA tak di "dendang"(ceh macam perwira pulak).

KENAPA FAHRIN AHMAD MENANGIS?


Kenapa beliau menangis teresak-esak macam bayi tak dapat susu ibu?
aku dengar cerita beliau sedih mengenangkan nasib kanak Palestin di belasah israel...mulia sungguh hatimu fahrin,dengar cerita pun hatimu terusik...sedangkan ada orang tu siap batalkan trip ke Gaza semata-mata nak buat persembahan dan nak cari duit lebih dan bagi alasan tak nak mengecewakan peminat....

ABBY FANA AJAR PENDENGAR JADI KEDEKUT?


Apa nak jadi ngan makcik nie...kalau diri tu kedekut,janganlah ajar pendengar jadi kedekut gak....ni tak ,macam-macam petua nak jadi kedekut waktu hari raya diajarnya pada pendengar,hidangkan air sejuk, hidangkan kuih dalam jumlah yang sedikit, potong kuih raya kecik-kecik dan macam-macam lagi yang dikongsi bersama.
pesanan aku kepada mereka yang ingin bertandang ke rumah makcik nie ,walaupun bukan hari raya,tolong jangan makan apa-apa makanan dirumah beliau,bukan apa risau juadah tahun lepas dipanas dan dihidangkan kepada anda...tak pasal-pasal kene barah usus...
maklumlah orang kedekut ni,ada macam-macam cara nak berjimat..





p/s:baju dia pakai tu pun,dibuat dari alas meja yang jiran dia buang...hu hu hu hu

LAGI CERITA ARTIS SENGKEK


Kita dihebohkan seorang artis 'Untukmu Ibu' didenda kerana mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan. Lebih memalukan ia berlaku di negara jiran Singapura.

Baru-baru ini juga diberitakan juga artis kita 'Detektif Lim' dipenjara dan didenda kerana bersalah mencuri dua buah buku. Apakah ini yang ingin ditunjukkan oleh artis di mata masyarakat walaupun hanya segelintir yang melakukannya.


Anda semua perlu tahu malu sedikit walaupun tidak banyak.

AKU HANGIN BETUL BACA BERITA NI....SENGKEK SANGAT KE....
NI AKU NAK BAGI IDEA NAK CARI DUIT..
-jadi penyanyi jalanan.
-jual air jenama sendiri.
-buat blog free tentang diri kamu...
kamu kan artis.tengok kat kl cukuplah,penyanyi jalanan yang bukan artis pun boleh dapat tiga angka sehari...kalau ratis buat,paling koman pu empat angka...
malu nak buat?
habis tu mencuri tu tak malu?...