About Me

kepada peminat,jangan baca kalau tak suka cerita tak menarik tentang artis yang kamu minat.kepada artis pulak,jangan jadi artis kalau tak mahu kisah peribadi dikongsi kepada umum.

Tuesday, October 5, 2010

MESTI TENGOK:CERITA ARTIS PECAH PANGGUNG


Aku tak pahamlah mamat nie...ni promosi apa plak,dah macam pemegang Mohor-mohor Besar Raja-raja jer....mula rm12juta pastu rm20juta then rm40juta pas nie mesti 40juta usd plak..sukati ko lah labu.....

p/s anak murai:iklan ni tak menghina institusi Diraja ker?saje nak tau..

Saturday, October 2, 2010

HEBATNYA DAYANG NURFAIZAH






Hebat nye artis kite nie...siap masuk tv3 pakai baju macam tu jer....bukan seksi jer tapi macam orang susah jer...hu hu hu...selain tu pakaian dia pakai pun ala-ala tarzan gitu...

ARTIS TAK CUKUP KAIN





ROZITA CHE WAN BERSARA DARI BIDANG SENI?


EMMM ye lah tu....aku dah biasa dengar ayat nie kuar dari mulut artis...tapi pas tu muncul balik,dan mula lah cakap mnuncul balik kerana bagi penghargaan or atas desakan peminat...yang best nye dia cakap

Saya dah letakkan ‘target’ nak berlakon ini tak lama dan saya rasa cukuplah empat tahun saya dalam industri ini. Lagipun usia saya juga semakin bertambah dan rasa dah tua.

“Sebenarnya, tahun lepas lagi saya dah rasa penat nak berlakon. Tapi, memandangkan duit tak cukup lagi, maka saya terus berlakon lagi hinggalah penghujung tahun ini,”

“Sejak awal saya berlakon lagi, dah macam-macam perkara buruk yang orang kata tentang saya. Sehingga saya rasa Rozita Che Wan ini terlalu banyak cerita buruk daripada cerita baik dan terlalu banyak orang tak suka daripada yang suka.

“Bukannya merajuk, tapi saya memang terasa hati sangat dengan apa yang berlaku. Bila terlalu banyak orang bercakap buruk tentang saya, ia dah jadi satu doa. Jadi cara yang terbaik, biarlah saya bersara dari industri

“Lagipun saya nak hidup aman, tanpa gosip atau pun publisiti,” luah Rozita yang akan beralih ke dunia perniagaan sejurus bersara dari lakonan.

bagus lah tu kak.baik buat bisness jer...lagipun bayaran sebagai artis kat malaysia ni ciput jer.lainlah kalau artis dari seberang yang cari makan kat negara kita nie...

p/s anakmurai: kepada artis yang tak suka kene gossip,nasihat aku sonang jer ..."jadi makcik jual nasik lemak jer"semestinya wartawan gila jer nak buat gossip tentang makcik jual nasik lemak.

Wednesday, September 29, 2010

GAMBAR ARTIS HEBAT







DARLING MENGAKU GUNA DOKUMEN PALSU.DENDA RM15K ATAU PENJARA 3 BULAN.


Kuala Lumpur 29 Sept: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu. Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.
"Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi," tambahnya. Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan. "Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai," katanya.
Alangkah bagooos kalau hukuman berbunyi begini "denda rm15,000 dan penjara 3 bulan"baru dia beringat...ada hati nak menipu....huh,,,

FAUZIAH LATIF BERCERAI DENGAN JOHAN INDOT



Penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latiff mengaku telah bercerai dengan suaminya, Johan Indot 3 bulan yang lalu. Akibat perceraian, Fauziah Latif mengaku dia tiada masalah dalam menjaga anak-anak. Baru-baru ini telah tersebar di internet beberapa keping gambar anak Jee yang sedang bermain dengan anjing. Pengakuan itu melenyapkan spekulasi tentang keretakan rumah tangganya yang hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Anak Jee iaitu Jeffri Joaquim Indot, 8, dan Jeremy Jay Indot, 6, kini berada dalam jagaan bersama. Kira adil lah kalau ada sistem giliran. Takde la berebut anak nanti. Ini merupakan perceraian kali kedua penyanyi itu. Jee bernikah dengan Johan di London pada 19 Jun 1997. Sebelum itu Jee pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Aku pun tak faham tentang perangai artis kita ni..rasa nak kawin,kawin ...bila tak suka ,cerai

Tuesday, September 28, 2010

MESTI BACA :FILEM 2ALAM POPULAR DI USA 2005




Aku terkejut landak bila sumber yang tak boleh dipercayai aku mengatakan filem 2alam popular di Amarica pada tahun 2005..filem tersebut mendapat sambutan hangat sehinggakan seorang produser dsana telah menciplak poster filem 2 alam untuk dijadikan poster The Exorcism of Emily Rose.
mereka menyatakan rakyat Malaysia ketinggalan kerana tak melihat filem paling hebat yang pernah ditayangkan.sehinggakan seorang profesor madya di America menyatakan "jika filem 2alam ditayangkan serentak dengan filem Avatar,Avatar hanya mungkin memungut cuma 6 angka sahaj,itu pun kira banyak"....fuhhh dahsyatnya karya seorang rayat Malaysia nan hebat ini...
ada juga teori menyatakan,pihak America membuat pelaburan besar untuk mencipta mesin masa semata-mata untuk mencuri karya anak tempatan kita...akhirnya kitalah dituduh men"ciplak" karya mereka.yang jahat ni semuanya kita...mereka tulah yang baik..

p/s: tabahkan hati mu doktor...memang America ni jahat..teruskan karya anda,jangan pedulikan mereka tu..



Monday, September 27, 2010

CERITA ARTIS MALAS MANDI




Artis hollywood yang malas madi tu kita dah biasa dengar,lagipun tempat mereka sejuk....
tapi yang jadi masalahnya cerita artis kita yang malas mandi ni..tak rimas ker mereka tu...minah bintang reality ni memang perangai dia pengotor kot...
dulu-dulu-dulu bintang reality yang malas mandi pun ada gak,cuma waktu tu internet kurang jer....tu yang tak tersebar...cite dia macam ni...dulu-dulu-dulu ni,adalah sorang mamat...yang malas mandi,kawan dia ceritalah waktu kami tinggal dalam "berek bujang polis" mamat ni punyalah malas mandi,tapi macam mana orang boleh minat dia....hu hu hu....kalau akulah ada kawan yang malas mandi ni dan tinggal serumah,mau aku buat sampai orang "memandikan dia"(pas tu kapan dan terus tanam)

GAYA SEORANG HAJJAH MEMDENDANGKAN LAGU NASHID



Gambar ini menunjukkan gaya seorang hajjah pada mulanya sungguh sopan dan berpurdah.tapi oleh kerana kejahatan mereka yang cerdik pandai habis diedit gambar hajjah yang mendendangkan irama nashid bertajuk "insaflah orang tua tak sedar diri" hingga jadi sedemikian rupa...yang bertudung hitam tu gambar sebenar beliau sebelum diedit...

p/s:kepada rakyat Malaysia semua,janganlah terlalu zalim dan jahat hingga memfitnah seorang hajjah yang ingin berdakwah sedemikian rupa....ingatlah dirimu yang tua gayut tu,dan hayati lah seni kata "insaflah orang tua tak sedar diri" tu...jangan nak fitnah orang jer...

CERITA ARTIS MENGAKU DIVA?



Hai,macam-macam cerita artis 1malaysia nie...belum apa-apa dah mengaku DIVA...
kalau lah puak artis ni diibaratkan katak,mereka mengaku DIVA ni bukan baru belajar melompat,tapi baru belajar berenang(berudu jer)...ada hati nak mengaku DIVA...hu hu hu..
dorang tak tau istilah DIVA kat malaysia ni...

kalau seseoranr tu di"istilahkan "DIVA" mereka nie buat ape pun,media tetap puji dan sanjung dia,hatta mereka ni rampas suami orang ker,bercinta ngan orang tahap bapa ker....semua nye baik jer di mata media...langsung tak ada gosip jahat untuk mereka....boleh dikatakan mereka ni kalis rindu lah...opsss....kalis gossip jahat....Malaysia-Malaysia.....pelik sungguh media mu....

P/s:gambar di atas tu contoh DIVA tak di "dendang"(ceh macam perwira pulak).

KENAPA FAHRIN AHMAD MENANGIS?


Kenapa beliau menangis teresak-esak macam bayi tak dapat susu ibu?
aku dengar cerita beliau sedih mengenangkan nasib kanak Palestin di belasah israel...mulia sungguh hatimu fahrin,dengar cerita pun hatimu terusik...sedangkan ada orang tu siap batalkan trip ke Gaza semata-mata nak buat persembahan dan nak cari duit lebih dan bagi alasan tak nak mengecewakan peminat....

ABBY FANA AJAR PENDENGAR JADI KEDEKUT?


Apa nak jadi ngan makcik nie...kalau diri tu kedekut,janganlah ajar pendengar jadi kedekut gak....ni tak ,macam-macam petua nak jadi kedekut waktu hari raya diajarnya pada pendengar,hidangkan air sejuk, hidangkan kuih dalam jumlah yang sedikit, potong kuih raya kecik-kecik dan macam-macam lagi yang dikongsi bersama.
pesanan aku kepada mereka yang ingin bertandang ke rumah makcik nie ,walaupun bukan hari raya,tolong jangan makan apa-apa makanan dirumah beliau,bukan apa risau juadah tahun lepas dipanas dan dihidangkan kepada anda...tak pasal-pasal kene barah usus...
maklumlah orang kedekut ni,ada macam-macam cara nak berjimat..





p/s:baju dia pakai tu pun,dibuat dari alas meja yang jiran dia buang...hu hu hu hu

LAGI CERITA ARTIS SENGKEK


Kita dihebohkan seorang artis 'Untukmu Ibu' didenda kerana mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan. Lebih memalukan ia berlaku di negara jiran Singapura.

Baru-baru ini juga diberitakan juga artis kita 'Detektif Lim' dipenjara dan didenda kerana bersalah mencuri dua buah buku. Apakah ini yang ingin ditunjukkan oleh artis di mata masyarakat walaupun hanya segelintir yang melakukannya.


Anda semua perlu tahu malu sedikit walaupun tidak banyak.

AKU HANGIN BETUL BACA BERITA NI....SENGKEK SANGAT KE....
NI AKU NAK BAGI IDEA NAK CARI DUIT..
-jadi penyanyi jalanan.
-jual air jenama sendiri.
-buat blog free tentang diri kamu...
kamu kan artis.tengok kat kl cukuplah,penyanyi jalanan yang bukan artis pun boleh dapat tiga angka sehari...kalau ratis buat,paling koman pu empat angka...
malu nak buat?
habis tu mencuri tu tak malu?...

PEMAIN BOLA ATAU PEMAIN BADMINTON BAHAYA?


Tahniah pada pasangan pemain bola dan artis ni.kerana dikurniakan cahaya mata yang comel.semoga kekal ke anak cucu..teringatlah aku pada seorang pengacara yang menyindir "ko ni pemain bola ker?" bila ada artis lelaki yang memilih pasangan lebih tua....kata-kata sinis,tapi tajam menikam...itulah cerita artis kita nie....Tapi kalau ditanya pada anak dara or mak janda,adakah mereka lebih suka pada pemain bola or pemain badminton?
mati
hidup balik pun mereka ngeri ngan pemain BADminton nie..pemain bola pun pemain bolalah.....
pemain badminton....????uuuuu ngerinye bila fikirkan...hu hu hu

p/s:cuma berbaik-baiklah dengan mertua...buang yang keruh ambil yang jernih.ingatlah,ibu dan bapa mertualah yang melahir dan membesarkan orang yang kita cintai...

CERITA ARTIS: FASHA SANDA






Gambar di atas adalah fitnah orang ramai terhadap beliau,biasalah bila popular ramai orang dengki.mulalah menggunakan kepakaran masing-masing buat gambar yang bukan-bukan semata-mata untuk memfitnah insan sesuci Fasha Sandha.


dibawah nilah gambar sebenar beliau.
ini pulak gambar terkini beliau..TOLONGLAHHHH JANGAN FITNAH BELIAU.

Sunday, September 26, 2010

HANYA GAMBAR..

Gambar makcik seksa...




























p/s:ni semua gambar artis kita berlakon jer..realiti sebenarnya,semua mereka ni bertudung seperti uztazah dan beserban seperti ustaz...sekadar gambar....

SELEBRITI TERBURUK..



SELEBRITI kontroversi, Paris Hilton (gambar) telah dipilih sebagai contoh selebriti terburuk dalam sebuah tinjauan yang diadakan dalam talian.

Media melaporkan, ini berikutan tiga kali penangkapan membabitkan dirinya di Afrika Selatan, Perancis dan Las Vegas yang sudah jelas menjejaskan reputasinya.

Hilton meraih 43 peratus undian sekali gus mengalahkan Lindsay Lohan yang dipenjarakan dan menjalani pemulihan pada musim panas ini.

Lohan menduduki tempat kedua dengan 23 peratus undian.

Hilton didakwa atas tuduhan memilik dadah jenis kokain di Las Vegas pada minggu lalu.

Dia berkemungkinan menghadapi hukuman penjara maksimum sehingga empat tahun dan denda sebanyak $5,000 pound (RM 24,091.58) sekiranya disabitkan kesalahan.

Artis itu dijangka tampil di mahkamah pada 27 Oktober ini.






P/S:tu artis holywood,artis malaywood sapa pulak yer.hu hu

CERITA ARTIS MANA NI..CUBA TEKA

Dulu kecoh minah ni buat gambar lucah dia dan kekasihnya.pas tu hilang bertahun-tahun.then muncul balik(biasalah kalau dah sengkek)dengan imej bertudung ala-ala cendawan kembang,dan menyatakan dia akan terus bertudung sampai bila.ala biasalah tu cerita dari mulut pelakon....dan buatlah cerita yang dia dah insaf...then,rakyat 1malaysia kan pemurah,maka mereka menerimalah dia kembali.
dapat lah dia job banyaklah sikit.pastu tu muncul pulak drama minah ni tak bertudung..hari tu ,ye ye kata dah insaf....hu hu..
pastu ada pulak cerita artis nie kutuk hubby dia,macam nak bercerai,dan digantung tak bertalilah dan macam-macamlah.....pastu sekarang ni cakap tak rela dan takut jadi janda...apa cerita ni makcik....
cerita artis mana kah ini...hu hu hu

ABBY TUNTUT HUTANG KAHWIN..


Ni lagi cerita artis kita...tak kan tak setel lagi kut...emmm

KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.

Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.

“SEPATUTNYA Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain,” pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya.

Sabarlah kak..
p/s:harap Memey/keluarga Memey minta cash wang hantaran nanti,dari 2002 sampai 2010 tak setel.nanti mau sampai 2020 tak setel hutang kalau tak minta cash.hu hu cerita artis sengkek