About Me

kepada peminat,jangan baca kalau tak suka cerita tak menarik tentang artis yang kamu minat.kepada artis pulak,jangan jadi artis kalau tak mahu kisah peribadi dikongsi kepada umum.

Sunday, September 26, 2010

SELEBRITI TERBURUK..



SELEBRITI kontroversi, Paris Hilton (gambar) telah dipilih sebagai contoh selebriti terburuk dalam sebuah tinjauan yang diadakan dalam talian.

Media melaporkan, ini berikutan tiga kali penangkapan membabitkan dirinya di Afrika Selatan, Perancis dan Las Vegas yang sudah jelas menjejaskan reputasinya.

Hilton meraih 43 peratus undian sekali gus mengalahkan Lindsay Lohan yang dipenjarakan dan menjalani pemulihan pada musim panas ini.

Lohan menduduki tempat kedua dengan 23 peratus undian.

Hilton didakwa atas tuduhan memilik dadah jenis kokain di Las Vegas pada minggu lalu.

Dia berkemungkinan menghadapi hukuman penjara maksimum sehingga empat tahun dan denda sebanyak $5,000 pound (RM 24,091.58) sekiranya disabitkan kesalahan.

Artis itu dijangka tampil di mahkamah pada 27 Oktober ini.






P/S:tu artis holywood,artis malaywood sapa pulak yer.hu hu

No comments:

Post a Comment